Salam Browser Kini Turut Ditawarkan Untuk Pengguna Peranti Android

Salam Browser Kini Turut Ditawarkan Untuk Pengguna Peranti Android

Diterbitkan pada July 20, 2016 oleh .

Salam Browser merupakan salah satu pelayar web dengan ciri-ciri Islamik yang telah diperkenalkan untuk pengguna Windows tidak lama sebelum ini dalam bentuk beta. Selain untuk pengguna desktop, kini mereka turut menawarkan pelayar web mudah-alih untuk pengguna peranti Android.

Secara keseluruhan, versi peranti mudah-alih ini hanyalah membawakan pelayar web versi Chromium yang dijenamakan semula kepada Salam Browser. Ia turut memaparkan paparan hadis dan al-Quran pada halaman tab baru, seperti pada perisian desktop.

Salam Browser

Disamping itu, Salam Browser menekankan kepada fungsi menghalang pelayaran web yang “haram”, termasuk berkaitan perjudian, scam, kandungan lucah dan sebagainya. Fungsi pelayar web lain seperti penjimatan data turut disertakan pada Salam Browser ini.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun Salam Browser untuk peranti mudah-alih anda hari ini.

Muat-Turun Salam Browser untuk Android


TIPS & ULASAN