Pihak Microsoft sebelum ini telah memberikan petanda akan menyertakan sokongan rakaman gambar Panorama pada aplikasi kamera mereka. Hari ini, sokongan tersebut akhirnya mula diperkenalkan kepada pengguna Windows Insider yang menggunakan Windows 10 Mobile.
Sebelum ini, pihak Nokia sekadar menawarkan ia dalam aplikasi berasingan. Tetapi, fungsi tersebut tidak pernah hadir terbina pada aplikasi kamera terbina – menjadikan pengenalan fungsi ini salah satu perkara yang dinantikan ramai.
Bagi anda yang menggunakan Windows Insider dengan pilihan kemaskini pantas, anda boleh mencuba ia dengan mengemaskini aplikasi kamera anda hari ini. Fungsi serupa dijangka akan hadir kepada pengguna lain dalam beberapa bulan lagi.