Cari @ Amanz

Apple ialah syarikat yang terkenal dengan kualiti produk mereka. Peranti mereka yang sudah berusia dua tahun ke atas masih boleh menerima kemas kini perisian dengan pantas tanpa perlu menunggu sehingga kucing bertanduk. Nilai jualan semula produk mereka juga lebih tinggi berbanding pesaing. Sekiranya anda membayar untuk pelan AppleCare dan AppleCare+ pula, produk bermasalah kerap digantikan dengan produk baru tanpa sebarang alasan diberikan.

Apple iPhone

Di Amerika Syarikat beberapa pengguna menyaman Apple kerana pelan gantian produk bermasalah dengan produk baru AppleCare didakwa tidak tulus. Menurut pelanggan yang memfailkan saman, produk gantian “baru” sebenarnya terma yang salah. Apple sebenarnya menggantikan produk bermasalah dengan peranti terpakai yang telah diperbaiki semula (refurbished) untuk kelihatan seperti produk baru.

Mereka mendakwa di dalam terma dan syarat AppleCare, perkataan “refurbished” ini hanya muncul sekali di dalam kontrak sepanjang 33 muka surat. Ini sekaligus membuatkan terma AppleCare tidak tulus kepada pengguna yang mahukan produk bermasalah mereka digantikan dengan produk baru dan bukannya yang terpakai. Sekiranya didapati bersalah, Apple telah melanggar akta Consumers Legal Remedies yang boleh membawa kepada jumlah denda mencacah berbillion Dollar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd