Firefox Akan Mula Menghalang Kandungan Berasaskan Flash Bermula Ogos 2016

Firefox Akan Mula Menghalang Kandungan Berasaskan Flash Bermula Ogos 2016

Diterbitkan pada July 21, 2016 oleh .

Beberapa pelayar web sebelum ini telah mula mengambil langkah untuk menghalang kandungan Flash pada pelayar web mereka, dan hanya mengaktifkannya atas permintaan pengguna. Kini, Mozilla turut akan mula melakukan perkara sama melalui pelayar web Firefox mereka.

Melalui latar masa yang diperlihatkan oleh Mozilla, mereka akan mula menghalang kandungan Flash yang tidak memberikan pengalaman pelayaran web yang baik bermula Ogos 2016 ini – iaitu bermula Firefox 48 dan terkini.

Selepas itu, Mozilla akan turut mengubah kandungan Flash untuk dijalankan atas permintaan pengguna bermula daripada tahun 2017 kelak.

Sebelum ini, Google dan Microsoft turut telah melakukan perkara sama dalam menjalankan kandungan berbentuk Flash pada pelayar web mereka.

Ramai pengeluar pelayar web mengambil langkah lebih kurang sama dalam memastikan pembangun beralih kepada penggunaan teknologi HTML5 – yang mana dilihat membawakan kurang masalah sekuriti, disamping menawarkan pengalaman pelayaran web yang lebih lancar.


TIPS & ULASAN