Cari @ Amanz

WhatsApp telah memperkenalkan sokongan panggilan suara sejak daripada tahun lepas, membolehkan pengguna membuat panggilan antara rakan-rakan dengan mudah. Namun, kadang-kala penerima panggilan tidak boleh menjawab panggilan, dan ia mengambil langkah tambahan untuk anda menghantar mesej bersuara.

Terkini, melalui kemaskini WhatsApp terbaru, pihak WhatsApp dilihat menyertakan fungsi untuk pengguna terus merakamkan mesej suara sekiranya sesuatu panggilan tersebut tidak dijawab.

WhatsApp Call

Pengguna boleh terus merakamkan mesej suara mereka melalui tetingkap sama, dan ia akan dihantar kepada penerima serta-merta melalui tetingkap chat.

Fungsi ini sedang diuji pada peringkat beta di Android buat masa ini, dan mungkin diperkenalkan kepada semua dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd