Cari @ Amanz

Pokemon GO masih belum menunjukkan petanda akan dilancarkan di negara. Penantian berterusan dengan ribuan peminat Pokemon tempatan merasakan seperti dilayan seperti anak tiri oleh Niantic dan Nintendo. Di Indonesia anggota polis dan tentera telah diharamkan dari memainkan permainan ini atas alasan keselamatan. Pihak keselamatan bimbang lokasi markas tertentu dan pergerakan anggota dipantau oleh pihak tertentu. Bagaimana pula di Malaysia.

Pokemon Go

Bercakap di sebuah majlis di Pulapol hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dipetik berkata tiada halangan akan diberikan kepada anggota Polis Diraja Malaysia untuk memainkan Pokemon GO. Beliau menambah lagi “Setakat ini, kita tidak mempunyai sebab untuk mengharamkan permainan ini melainkan jika ia mempunyai unsur-unsur perjudian atau satu ancaman kepada keselamatan”. Jadi buat masa anggota PDRM tidak perlu risau mereka tidak akan dihalang dari menangkap Pokemon. Kami hanya berharap dalam kesibukan “gotta catch ’em all” di dunia maya mereka tidak culas menangkap penjenayah dunia sebenar,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd