Square Enix Menghasilkan RPG Ekslusif Untuk Apple Watch

Square Enix Menghasilkan RPG Ekslusif Untuk Apple Watch

Diterbitkan pada July 22, 2016 oleh .

Setiap konsol mempunyai permainan eksklusif yang diharap dapat membuatkan peminat tergerak hati untuk memilikinya. PlayStation mempunyai siri Uncharted dan Killzone. Xbox One pula mempunyai siri Gears of War dan Halo. Di dalam dunia peranti pintar permainan eksklusif pada sistem operasi tertentu adalah jarang didengari. Kami hanya boleh memikirkan siri Infinity Blade yang hanya wujud versi iOS.

cosmos-rings-2

Permainan eksklusif kini menular ke platform jam tangan pintar. Square Enix akan melancarkan permainan RPG Cosmos Rings untuk Apple Watch. Permainan ini berasaskan permainan Chaos Rings. Pemain perlu berjalan untuk memainkan RPG ini. Maklumat lebih lanjut masih belum diketahui cuma ia akan boleh dimuat turun pada penghujung musim panas.


TIPS & ULASAN