Carian
Samsung Menyaman Kembali Huawei Di China
July 22, 2016 Aman

Pada bulan Mei lepas, Huawei telah memfailkan saman di China, mengatakan Samsung melanggar hak cipta mereka untuk paten berkaitan teknologi komunikasi selular 4G, dan beberapa yang lain. Terkini, ia dilaporkan Samsung menyaman kembali Huawei di China.

Samsung dilaporkan telah memfailkan saman di mahkamah di Beijing disebabkan penyalah-gunaan Huawei ke atas enam paten milik Samsung. Namun, ia tidak diketahui apakah paten berkaitan yang terlibat dalam pemfailan saman kali ini.

Samsung mengatakan walaupun mereka telah cuba untuk menyelesaikannya secara baik, namun ia terpaksa dibawa ke mahkamah dalam usaha melindungi hak cipta milik Samsung.

Perang saman-menyaman dalam arena teknologi ini bukan sesuatu yang baru, dan boleh dikatakan ia merupakan salah satu perkara biasa kita lihat dari bulan ke bulan. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai konflik antara kedua-dua pengeluar telefon pintar terkemuka di dunia ini tidak lama lagi.

Komen