iOS Akan Memaparkan Amaran Kelembapan Pada Port Pengecasan

iOS Akan Memaparkan Amaran Kelembapan Pada Port Pengecasan

Diterbitkan pada July 22, 2016 oleh .

Peranti pintar ialah peranti yang dibawa ke mana sahaja kita pergi. Mengaku sahaja anda pernah menggunakannya di dalam tandas ketika qada hajat dan melihat skrin ketika memandu. Kita semua manusia biasa dan aktiviti yang disenaraikan tidak sukar dielakkan. Satu perkara yang merisaukan kami ialah masalah air memasuki peranti. Tidak banyak peranti di pasaran yang mempunyai ketahanan IP68. Sekiranya air memasuki port pengecas dan wayar pengecas disambungkan, peranti boleh mengalami kerosakan.

iOS 10 lembapan air

Sekiranya anda mempunyai peranti Apple, kemas kini ke iOS 10 kelak akan memberikan sistem amaran baru yang berguna untuk situasi di atas. Fungsi ini ditemui pada kemas kini terkini iOS Beta. Apabila peranti mengesan kelembapan pada port pengecasan Lightning, amaran akan diberikan supaya menanggalkan pengecas bagi mengelakkan kerosakan. Tidak diketahui sama ada ia akan turut menghentikan pengecasan secara automatik.Sistem amaran ini kali pertama kami lihat pada Samsung Galaxy S7 Edge. Pada S7 Edge port pengecasan secara automatik dinyahaktifkan dan hanya akan berfungsi selepas kesemua lembapan dikeringkan.


TIPS & ULASAN