Kurang Seminggu Lagi Sebelum Penawaran Kemaskini Percuma Windows 10 Tamat

Kurang Seminggu Lagi Sebelum Penawaran Kemaskini Percuma Windows 10 Tamat

Diterbitkan pada July 22, 2016 oleh .

Microsoft telah menawarkan Windows 10 sebagai kemaskini percuma untuk pengguna Windows 7 dan juga Windows 8 sejak daripada tahun lepas. Ketika menawarkannya, Microsoft sedia mengatakan tawaran kemaskini percuma ini hanya untuk tempoh setahun sahaja, dan selepas 29 Julai 2016 ini, pengguna akan perlu membelinya.

Berkongsi mengenainya juga hari ini, Microsoft Malaysia mengatakan hampir separuh daripada PC di Malaysia yang layak dinaik-taraf ke Windows 10 masih belum melakukannya sehingga ke hari ini. Daripada statistik StatCounter, ia dilihat hanpir 50.4% komputer di Malaysia masih menjalankan Windows 7 dan Windows 8.1.

Bagi anda yang menaik-taraf kepada Windows 10 hari ini, anda akan kekal menerima kemaskini sistem operasi tersebut secara percuma untuk masa akan datang. Microsoft sendiri menjadualkan pengenalan Windows 10 Annivesary Update pada 2 Ogos kelak.

Bagi anda yang masih menggunakan Windows 7 atau Windows 8.1, mungkin boleh memulakan proses kemaskini sebelum penawaran percumanya tamat pada 29 Julai 2016 ini.


TIPS & ULASAN