Tiada Lagi Saluran Astro Di HyppTV Bermula 1 Ogos 2016

Tiada Lagi Saluran Astro Di HyppTV Bermula 1 Ogos 2016

Diterbitkan pada July 22, 2016 oleh .

Telekom Malaysia dan Astro telah mengumumkan kerjasama pada 2013 yang lepas, dimana mereka telah membawa saluran sukan daripada Astro ke HyppTV, dan diikuti dengan beberapa saluran lain. Kini, selepas hampir tiga tahun, kerjasama berkenaan dilihat tidak lagi diteruskan, dan Telekom Malaysia akan menamatkan beberapa saluran Astro di HyppTV bermula 1 Ogos 2016 kelak.

HyppTV SuperSport

Melalui kemaskini yang dipaparkan pada laman rasmi Telekom Malaysia, mereka mengatakan bermula 1 Ogos 2016 ini, tiada lagi saluran Astro Oasis, Astro Vaanavil, Makkal, Astro Awani, Astro SuperSport HD dan juga Astro SuperSport 2 HD di HyppTV.

Telekom Malaysia mengatakan mereka akan menghubungi pengguna mereka yang terlibat dengan pengumuman melalui laman web rasmi, SMS, dan juga notis pada televisyen berkenaan perubahan ini.

Telekom Malaysia mengatakan melalui halaman FAQ mereka, mereka akan terus mengemaskini penawaran kandungan untuk HyppTV. Baru-baru ini mereka telah bekerjasama dengan iFlix dan Viu dalam menawarkan kandungan mereka kepada pelanggan HyppTV.


TIPS & ULASAN