Roboneko – Van Panduan Automatik Melakukan Penghantaran Bungkusan Di Jepun

Roboneko – Van Panduan Automatik Melakukan Penghantaran Bungkusan Di Jepun

Diterbitkan pada July 23, 2016 oleh .

Kenderaan panduan automatik ialah fungsi masa hadapan yang kini menjadi realiti. Kali pertama kami melihat sistem sebegini ialah di dalam siri Beyond 2000 di TV1 pada tahun 1986. Siri popular ini mengatakan panduan automatik akan menjadi kebiasaan pasca tahun 2000. Ramalan mereka kurang tepat tetapi nyata ia semakin hampir digunakan secara meluas. Bas panduan automatik Mercedes-Benz sedang diuji di Belanda dan MPV Nissan Serena dengan fungsi sama sudah dijual di Jepun.

ROboneko-2

Bercakap tentang Jepun, syarikat kurier Yamato Transport bekerjasama dengan DeNA untuk menghasilkan van penghantaran bungkusan panduan automatik. Van Roboneko mereka ini akan menghantar bungkusan barangan yang dibeli secara atas talian terus ke pembeli bermula Mac 2017.  Apabila perkhidmatan bermula kelak, seorang pemandu akan diletakkan di dalam Roboneko sebagai langkah keselamatan. Perkhidmatan ini mensasarkan golongan tua dan keluarga kecil yang mengalami kesukaran keluar dari rumah untuk membeli belah.


TIPS & ULASAN