Pembangun Pokemon GO Meminta Maaf Kepada Jepun Kerana Kelewatan Pelancaran Aplikasi

Pembangun Pokemon GO Meminta Maaf Kepada Jepun Kerana Kelewatan Pelancaran Aplikasi

Diterbitkan pada July 23, 2016 oleh .

Jepun ialah negara yang menjadi contoh kepada Malaysia ketika dekad 80an. Pembangunan ekonomi mereka dari debu letusan dua bom atomik sehingga menjadi kuasa besar teknologi ialah seakan Phoenix bangkit dari abu. Ini ialah sebab utama Malaysia mengamalkan dasar pandang ke Timur suatu ketika dahulu. Tetapi sejak dekad kebelakangan ini kiblat teknologi terkini sudah berpindah ke Amerika Syarikat. Produk terbaru akan muncul di negara Pakcik Sam terlebih dahulu sebelum ke seluruh dunia.

Pokemon ialah permainan komputer yang dicipta di Jepun. Aneh sekali Pokemon GO dilancarkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu dan penduduk Jepun hanya boleh memainkannya semalam. Bagi mengurangkan rasa kurang puas hati dari peminat di Jepun, sebuah video permohonan maaf dihasilkan oleh pembangun Pokemon GO. Junichi Masuda, pengarah Game Freak dan John Henke CEO Niantic muncul di dalam video ini. Selain meminta maaf mereka turut mengingatkan pemain supaya sentiasa memikirkan keselamatan ketika bermain. Ini ialah antara budaya Jepun yang sangat kami kagumi. Mereka mudah meminta maaf sekiranya melakukan kesilapan.


TIPS & ULASAN