Carian
Apple Dijangka Menawarkan iPhone 7 Bermula Minggu 12 September 2016
July 23, 2016 Aman

Dengan bulan September yang menjelang tiba, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah pengenalan telefon pintar Apple paling terbaru – berkemungkinan besar dikenali dengan nama iPhone 7. Terkini, mengikut desas-desus baru, Apple dikatakan mungkin menawarkannya kepada umum pada minggu 12 September 2016 kelak.

Info berkaitan tarikh pelancaran ini hadir daripada @evleaks yang terkenal dengan meniriskan beberapa info lebih awal sebelum pengenalan sesuatu produk.

iPhone generasi baru atau turut dipanggil ramai sebagai iPhone 7 ii dijangka akan membawakan rekaan sama seperti iPhone 6 atau iPhone 6S sebelum ini. Ia dikatakan berkemungkinan Apple membuang port untuk audio-jack, selain menyertakan kamera yang lebih baik melalui telefon pintar baru mereka.

Bagi anda yang ingin mendapatkan telefon pintar Apple terbaru dalam masa terdekat ini, mungkin boleh nantikan sekitar sebulan lebih lagi sebelum menentukan untuk mendapatkan model iPhone yang mana satu untuk penggunaan anda.

Komen