WhatsApp Dijangka Bakal Menyertakan Sokongan Pengesahan Dwi-Faktor

WhatsApp Dijangka Bakal Menyertakan Sokongan Pengesahan Dwi-Faktor

Diterbitkan pada July 24, 2016 oleh .

Pada hari ini, sejumlah perkhidmatan internet menawarkan sokongan pengesahan dwi-faktor dalam memastikan akaun pengguna tidak mudah digodam oleh pihak ketiga. Terkini, selain beberapa laman sosial, WhatsApp juga turut dijangka untuk menyertakan sokongan pengesahan dwi-faktor pada perkhidmatan mereka tidak lama lagi.

Info ini hadir daripada @WABetaInfo yang sering berkongsi pelbagai fungsi baru yang pada peringkat ujian. Fungsi pengesahan dwi-faktor ini dikatakan sedang pada peringkat ujian pada versi beta di Android – dan masih tidak dipaparkan kepada pengguna umum lagi buat masa ini.

WhatsApp Beta Dwi-Faktor

Daripada paparan skrin yang diperlihatkan, ia dilihat pengguna boleh menetapkan kod enam angka yang boleh digunakan, dan pada masa yang sama menyertakan alamat emel untuk menerima kod berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah WhatsApp akan memperkenalkan fungsi ini secara rasmi kepada umum. Menurut @WABetaInfo, pengguna kelak boleh mengubah emel mereka melalui bukan sahaja aplikasi mudah-alih, tetapi juga melalui aplikasi desktop dan web WhatsApp.


TIPS & ULASAN