Carian
Permainan Kad Popular, UNO Akan Hadir Ke PlayStation 4, Xbox One Dan PC
July 25, 2016 Aman

UNO merupakan salah satu permainan kad popular yang sering dimainkan bersama-sama rakan-rakan mahupun ahli keluarga. Sebelum ini, permainan UNO ini pernah ditawarkan untuk pengguna Xbox 360 dan PS3. Terkini, Ubisoft dan Mattel mengumumkan yang mana permainan video UNO ini bakal hadir untuk PC dan konsol generasi terkini, PlayStation 4 dan juga Xbox One.

UNO

Seperti biasa, ia akan membawakan konsep permainan serupa seperti permainan kad fizikalnya – memerlukan pengguna untuk padankan antara nombor atau warna kad berkenaan. Permainan UNO daripada Ubisoft ini kelak akan turut menyertakan beberapa ciri-ciri fizikal dan integrasi memainkannya secara online. Pengguna boleh berkomunikasi dengan pemain lain ketika memainkannya secara atas-talian, dan pada masa yang sama melihat kedudukan semasa mereka.

Permainan ini bakal ditawarkan untuk konsol generasi terkini dan PC pada 9 Ogos kelak.

Komen