Rasmi : Verizon Membeli Yahoo! Pada Harga RM19.6 Bilion

Rasmi : Verizon Membeli Yahoo! Pada Harga RM19.6 Bilion

Diterbitkan pada July 25, 2016 oleh .

Hari ini, Verizon secara rasminya mengumumkan yang mana mereka akan mengambil-alih pelbagai aset internet Yahoo! – termasuk perniagaan pengiklanan, kandungan, carian dan juga berkaitan dengan platform mudah-alih pada nilai $4.83 bilion (~sekitar RM19.6 bilion).

Pengambil-alihan Yahoo! oleh Verizon ini dilihat akan memposisikan Verizon sebagai salah satu syarikat media global terkemuka, sekaligus membolehkan mereka menjana pendapatan melalui pengiklanan digital.

Yahoo! dibawa Verizon ini dilihat akan diintegrasikan bersama-sama AOL, sekaligus menjadikan ia salah satu syarikat subsidiari media dan pengiklanan yang besar. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Marissa Mayer akan kekal mengetuai Yahoo ataupun sebaliknya.

Pengambil-alihan Yahoo! ini tidak menyertakan beberapa aset, termasuk antaranya adalah pelaburan dalam Alibaba dan juga Yahoo! Japan. Portfolio paten yang dimiliki oleh Yahoo! juga tidak disertakan dibawah pengambil-alihan ini.


TIPS & ULASAN