Cari @ Amanz

Honor merupakan jenama subsidiari dibawah Huawei yang telah mengeluarkan beberapa peranti menarik sebelum ini. Terkini, selepas memperkenalkan Honor 8 tempoh hari, kini pihak Honor dalam persiapan untuk memperkenalkan phablet mereka yang pertama, dinamakan sebagai Honor Note 8.

Honor Note 8Info berkaitan peranti ini telah kelihatan sejak minggu lepas. Honor Note 8 bakal membawakan skrin bersaiz 6.6-inci dengan resolusi 2K. Peranti ini bakal dijana dengan cip Kirin 950, selain menyertakan memori 4GB RAM.

Disamping itu, peranti ini hanya membawakan satu kamera belakang sahaja, iaitu 13-megapixel pada bahagian belakang, dan 8-megapixel pada bahagian hadapan. Menguasakan peranti ini adalah bateri berkapasiti 4400mAh.

Selepas ketirisan maklumat berkaitan peranti ini sebelum ini, kini melalui teaser daripada pihak Honor, ia dilihat Honor Note 8 bakal diperkenalkan pada 1 Ogos 2016 ini.

Pelancaran ini dijadualkan di China, dan menariknya, mereka memperkenalkan peranti ini sehari sebelum pengenalan satu lagi peranti berjenama Note, iaitu Galaxy Note 7.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd