Dua minggu yang lalu Samsung Galaxy J2 dilancarkan di India. Ia merupakan peranti kelas permulaan yang dilengkapi sistem notifikasi Smart Glow. Peranti ini mempunyai spesifikasi yang agak rendah. Oleh itu hari ini Samsung Galaxy J2 Pro diumumkan di India dengan spesifikasi yang dipertingkatkan. Memori dipertingkatkan dari 1.5GB kepada 2GB RAM. Storan pula kini sebesar 16 Gigabyte dan bukannya 8 Gigabyte seperti J2 asal.
Spesifkasi lain ialah skrin 5″ SAMOLED, pemproses 1.5GHz Spreadtrum SC8830 empat teras, kamera utama 8 Megapixel f/2.2, kamera selfie 5 Megapixel dan bateri sebesar 2600 mAh. Harga jualan J2 Pro ialah ₹ 9890 (~RM 597) sebuah. Hanya RM 8 lebih mahal berbanding Galaxy J2.