Cari @ Amanz

Siapakah pengeluar peranti nombor satu dengan pegangan pasaran terbesar di China sekarang? Sekiranya jawapan anda ialah Oppo anda bijak membaca tajuk artikel ini. Tetapi secara serius Oppo kini memegang peratusan pegangan pasaran terbesar di China pada bulan Jun yang lalu dengan 22.9%. Ini diikuti pula oleh Huawei, Vivo, Apple, Xiaomi dan Samsung. Ini adalah peningkatan yang tinggi bagi Oppo yang hanya memegang 6.1% pasaran peranti di China pada Jun 2015.

Oppo Nombor 1

Sementara itu peranti paling laku di China pada bulan Jun pula ialah Oppo R9 (Oppo F1 Plus) dengan 5% jualan diikuti oleh iPhone 6S, LeTv Le2 , iPhone 6S Plus dan Vivo X6S. Jenama Oppo nampaknya semakin agresif di China. Di Malaysia jenama ini juga kami lihat semakin dikenali oleh pengguna terutamanya yang tinggal di luar bandar. Apakah pula pendapat anda mengenai jenama ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd