Oppo F1S Akan Dilancarkan Di Pasaran Malaysia Pada Bulan Ogos Ini

Oppo F1S Akan Dilancarkan Di Pasaran Malaysia Pada Bulan Ogos Ini

Diterbitkan pada July 26, 2016 oleh .

Oppo F1S masih belum dilancarkan secara rasminya buat masa ini, dan spesifikasi penuh berkaitan peranti berkenaan masih menjadi tanda tanya. Oppo F1s dijangka diperkenalkan pada 3 Ogos 2016 kelak, dan kini Oppo Malaysia turut mengesahkan mengatakan peranti berkenaan akan hadir ke pasaran tempatan pada bulan hadapan juga.

Oppo F1S teaser

Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai antara negara terawal untuk menerima peranti memfokuskan selfie berkenaan.

Oppo telah memulakan siri Oppo F pada awal tahun ini, dan ia lebih memfokuskan kepada fotografi menggunakan kamera hadapan. Sejak ia diperkenalkan, beberapa peranti dibawah siri berkenaan telah dilancarkan, termasuk Oppo F1 dan Oppo F1 Plus.

Bagi anda yang sedang mencari sebuah peranti yang memfokuskan kepada sokongan selfie, mungkin anda boleh menantikan pengumuman untuk Oppo F1s ini sebelum membuat perancangan untuk pembelian.


TIPS & ULASAN