Norway Akan Membina Terowong Terapung Bawah Air Pertama Di Dunia

Norway Akan Membina Terowong Terapung Bawah Air Pertama Di Dunia

Diterbitkan pada July 26, 2016 oleh .

Di Malaysia kita mempunyai terowong SMART yang merupakan terowong dwi-kegunaan pertama di dunia. Ia mampu digunakan oleh kenderaan untuk mengelakkan kesesakan dan terowong air ketika hujan lebat. Di Norway sebuah terowong terapung bawah air pertama di dunia bakal dibina di antara Kristiansand dan Trondheim. Terowong ini akan terapung 100 kaki di bawah permukaan fjord yang terdapat di negara mereka.

Terowong-Terapung-Norway-2

Pada waktu ini pengguna kenderaan perlu menggunakan feri bagi melintasi fjord. Ini mengambil masa yang lama kerana pergerakan feri yang tidak cukup pantas. Setiap terowong yang bakal dibina adalah cukup besar untuk dua lorong kenderaan. Sistem pontun digunakan untuk mengapungkan terowong pada permukaan fjord. Jadi mengapakan sistem terowong terapung digunakan dan bukannya jambatan?

Fjord di Norway menjadi tarikan pelancong semula jadi. Membina jambatan merentasinya akan merosakkan pemandangan. Fjord yang wujud di Norway juga mempunyai dasar yang dalam dan adalah sukar untuk membina asas jambatan yang stabil. Ini juga sebab yang sama terowong tidak digali terus di bawah fjord. Kos pembinaan dijangka mencecah $25 Billion (~RM101 Billion). Ia bakal memendekkan perjalanan yang sebelum ini mengambil masa 21 jam menjadi separuh. Adakah anda berani untuk memandu di dalam terowong terapung seperti ini sekiranya ia wujud di Malaysia?


TIPS & ULASAN