Cari @ Amanz

WhatsApp agak aktif memperkenalkan fungsi baru akhir-akhir ini. Hari ini, WhatsApp dilihat mula memperkenalkan sebuah fungsi baru yang memaparkan emoji pada saiz lebih besar apabila hanya satu emoji dihantar pada sesuatu masa.

WhatsApp Emoji

WhatsApp sebelum ini telah memperkenalkan fungsi sama untuk seketika, tetapi terhad kepada emoji berbentuk “Love” sahaja. Tetapi, melalui kemaskini hari ini, ia dilihat telah mula menyokong pelbagai jenis emoji yang lain.

Daripada percubaan kami sendiri, emoji bersaiz besar ini hanya dipaparkan pada peranti iPhone sahaja, sementara pada telefon pintar Android ia masih memaparkan pada saiz asal. Kita mungkin melihat perubahan pada semua platform dalam masa terdekat ini.

Terima kasih Zulhilmi untuk tips.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd