Cari @ Amanz

BlackBerry telah hadir dengan BlackBerry Priv pada tahun lepas, iaitu telefon pintar pertama mereka yang berasaskan sistem operasi Android. Pada tahun ini, beberapa peranti Android lain turut dijangka hadir daripada BlackBerry.

Hari ini, gambar untuk BlackBerry Neon tertiris ke arena web, dan dilabelkan dengan kod DTEK50. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah nama akhirnya kelak.

BlackBerry Neon

BlackBerry Neon ini bakal menggunakan skrin bersazi 5.2-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel, dilengkapi dengan cip Snapdragon 617, memori 3GB RAM, dan ruangan storan terbina 16GB. Neon ini juga dijangka dilengkapi kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan kamera hadapan 8-megapixel.

Seperti BlackBerry Priv, kita boleh melihat sejumlah aplikasi hadir terbina pada peranti ini, termasuk antaranya seperti BlackBerry HUB, BlackBerry Messenger, BlackBerry Calendar dan sebagainya.

Ia tidak diketahui lagi bilakah BlackBerry akan mengumumkannya. Dengan gambar peranti ini tertiris hari ini, kita mungkin melihatnya diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

BlackBerry Neon

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd