Xiaomi Dilihat Mengesahkan Penggunaan Dwi-Kamera Pada Redmi Pro

Xiaomi Dilihat Mengesahkan Penggunaan Dwi-Kamera Pada Redmi Pro

Diterbitkan pada July 26, 2016 oleh .

Xiaomi bakal memperkenalkan produk terbaru mereka secara rasminya esok, 27 Julai. Peranti berkenaan telah diperkatakan akan menggunakan dwi-kamera belakang, dan terkini Xiaomi dilihat mengesahkan perkara berkenaan melalui gambar teaser terbaru untuk produk berkenaan.

Gambar teaser terbaru memperlihatkan CEO Xiaomi, Lei Jun memegang telefon pintar Redmi Pro dan memperlihatkan bahagian belakang peranti berkenaan.

Redmi Pro

Daripada apa yang dilihat, ia membawakan rekaan dwi-kamera pada bahagian belakang – diletakkan pada bahagian atas dan bawah. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah dwi-kamera ini akan berfungsi – sama ada untuk merakamkan gambar dengan luas, merakamkan data tambahan ataupun berfungsi untuk merakamkan gambar hitam putih seperti Huawei P9.

Seperti biasa, segalanya akan terjawab esok, dan sama-sama kita nantikan apakah lagi kejutan yang bakal dibawakan oleh Xiaomi melalui pengumuman mereka esok.

Redmi Pro


TIPS & ULASAN