Cari @ Amanz

Tema aplikasi berwarna hitam merupakan salah satu tema yang digemari ramai memandangkan ia tidak begitu menyakitkan mata apabila menggunakannya pada waktu malam. Kini, Twitter secara rasminya memperkenalkan fungsi tema berwarna gelap atau hitam untuk semua pengguna aplikasi rasmi Android mereka.

Twitter Night Mode

Pengenalan ini boleh dikatakan sesuatu yang dinantikan ramai. Kebanyakkan klien Twitter yang lain sedia menawarkannya, dan Twitter sendiri hanya mula mengujinya sejak beberapa minggu yang lepas.

Untuk mengaktifkan fungsi Night Mode ini, pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi Twitter, dan kemudian membuka halaman menu di bahagian kiri. Pada pilihan dinamakan Night Mode, anda boleh mengaktifkannya, dan menikmati tema berwarna hitam ini pada aplikasi Twitter rasmi.

Ia tidak diketahui lagi bilakah fungsi sama akan hadir ke aplikasi iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd