Cari @ Amanz

Pengecasan tanpa wayar sudah wujud pada peranti pintar keluaran Samsung sejak Galaxy S4. Pada awalnya ia adalah aksesori tambahan sebelum menjadi fungsi terbina pada S6. Mereka kini mempunyai sistem pengecasan pantas tanpa wayar berbentuk leper. Kini mereka diberikan paten untuk sistem pengecasan tanpa wayar dua dalam satu.

Pengecas-dua-dalam-satu-Samsung-2

Menerusi paten ini, pengecas tanpa wayar ini mampu mengecas sebuah telefon pintar dan peranti boleh pakai secara serentak. Telefon pintar dicas pada bahagian atas sementara peranti boleh pakai seperti Gear S2 dicas secara menegak. Sebagai pemilik Galaxy S7 dan Gear S2, pengecas seperti ini amat kami perlukan. Pada waktu sekarang kami perlu menggunakan dua pengecas berbeza untuk mengecas kedua-duanya setiap hari. Tidak diketahui bilakah aksesori ini akan memasuki pasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd