Cari @ Amanz

Spesifikasi dwi-kamera Xiaomi Redmi Pro kini diketahui selepas pihak Xiaomi berkongsi beberapa maklumat mengenainya sebentar tadi. Kedua-dua kamera mempunyai sensor berbeza. Kamera pada bahagian atas menggunakan sensor 13 Megapixel Sony IMX 258 manakala kamera pada bahagian bawah sebesar 5 Megapixel keluaran Samsung.
Redmi Pro Kamera 2 Dari segi fungsi kamera kedua sebesar 5 Megapixel ini hanya merakam maklumat kedalaman. Gambar sebenar diambil oleh kamera utama 13 Megapixel. Dari maklumat kedalaman yang tersimpan, pemfokusan semula imej dapat dilakukan selepas gambar diambil. Sistem ini mempunyai persamaan dengan sistem Duo Camera yang dihasilkan oleh HTC untuk HTC One M8 dua tahun yang lalu.

Redmi Pro Kamera 3

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd