Carian
Xiaomi Mi Notebook Air Dilancarkan – Hadir Dalam Versi 13.3″ dan 12.5″
July 27, 2016 Effi Saharudin

Seperti yang dijangka Xiaomi menggunakan acara hari ini untuk melancarkan dua komputer riba pertama mereka. Pertama sekali ialah Xiaomi Mi Notebook Air 13.3. Ia adalah komputer riba Windows 10 64 bit Home Edition dengan skrin sebesar 13.3″ HD penuh, pemproses Intel Core i5 generasi ke-enam 2.7 Ghz dua teras, kad grafik Nvidia GeForce 940 MX, RAM sebesar 8 Gigabyte DDR4 dan storan SSD PCIe sebesar 256 Gigabyte. Komputer riba ini dicas sepenuhnya menggunakan satu port UBS-C.

Mi NOtebook Air 3

Mi Notebook Air ialah 11% lebih kecil berbanding sebuah MacBook Air yang mempunyai saiz skrin yang serupa. Ini adalah kerana penggunaan bazel yang lebih kecil. Ia juga 13% lebih nipis berbanding MacBook Air. Papan kekunci dari jenis chicklet menyokong sistem lampu terbina. Sungguhpun diperbuat daripada logam sepenuhnya, Mi Notebook Air hanya seberat 1.28 Kilogram. Melengkapi spesifikasi Mi Notebook Air ialah ia turut dilengkapi kamera HD penuh, satu bicu audio 3.5 mm, satu port HDMI bersaiz penuh dan dua port USB-A. Sekiranya anda memiliki Mi Band, komputer riba ini boleh dinyahkunci menggunakannya. Harga jualan untuk Xiaomi Mi Notebook Air ialah RMB 4999 (~RM 3054) sebuah.

Model kedua Mi Notebook Air mempunyai skrin 12.5″ HD penuh, diperkasakan pemproses Intel Core M3, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan SSD-SATA 128 Gigabyte. Ia masih mengekalkan rekaan tubuh logam dan hanya seberat 1.07 Kilogram. Melengkapi spesifikasi ialah kamera HD penuh, satu bicu audio 3.5mm, satu port HDMI bersaiz penuh, satu port USB-A dan satu port USB-C. Versi ini dijual pada harga RMB 3499 (~RM 2140) sebuah.

Mi NOtebook Air 1

Xiaomi Mi Notebook Air 1

Mi NOtebook Air 12.5

Xiaomi turut memperlihatkan kustomasi menggunakan sticker yang boleh digunakan pada panel penutup. Tiga pilihan sarung simpanan diperbuat daripada kulit dan kain mikroserat juga disertakan.

Komen