Tim Cook Mengesahkan Apple Turut Memfokuskan Dalam Arena Teknologi AR

Tim Cook Mengesahkan Apple Turut Memfokuskan Dalam Arena Teknologi AR

Diterbitkan pada July 27, 2016 oleh .

Teknologi AR telah menjadi sebutan ramai akhir-akhir ini, apatah lagi dengan Microsoft dengan penawaran Hololens mereka, selain permainan Pokemon Go yang mengabungkan arena realiti maya dan sebenar. Terkini, CEO Apple, Tim Cook turut mengesahkan yang mana Apple turut melabur dalam arena tersebut.

Kamera iPhone

Bercakap mengenainya kepada pelabur, Tim Cook mengatakan arena AR (Augmented Reality) boleh menjadi salah satu platform yang lebih besar daripada hari ini. Perkara ini sendiri ditekankan dengan populariti permainan seperti Pokemon Go yang menjadi bualan ramai seluruh dunia.

Ia tidak diketahui lagi sama ada apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Apple melalui pelaburan mereka pada arena berkenaan. Beberapa desas-desus mengatakan Apple mungkin menggunakan dwi-kamera pada telefon pintar akan datang – dan tidak diketahui sama ada ia akan berkait dengan pelaburan pada arena AR ini ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN