Kejohanan ESL One Akan Diadakan Di Malaysia Pada Awal Tahun Hadapan

Kejohanan ESL One Akan Diadakan Di Malaysia Pada Awal Tahun Hadapan

Diterbitkan pada July 27, 2016 oleh .

Bagi para peminat arena e-sukan, ESL merupakan salah satu kejohanan yang popular. Ia diadakan di beberapa buah negara, dan untuk tahun hadapan, ia acara ESL ini bakal diadakan untuk julung kalinya di Malaysia. Kejohanan pertama ESL di Malaysia ini akan diadakan di Resorts World Genting, dan dinamakan sebagai ESL One Genting.

ESL One Genting

ESL One Genting akan diadakan pada 6 hingga 8 Januari 2017 kelak, dan menawarkan hadiah berjumlah sehingga $250,000. ESL One Genting akan memfokuskan kepada permainan Dota 2.

Seperti biasa, ia akan membawa pelbagai pasukan ternama Dota 2 dari seluruh dunia, selain turut menyertakan salah satu pasukan Dota 2 dari Malaysia. Penganjurnya akan mengumumkan senarai pasukan yang akan menyertai kejohanan ini dalam bulan-bulan akan datang.

Untuk menjayakan acara ESL One Genting ini, ia turut menerima sokongan daripada Resorts World Genting, selain Mineski Events Team. Bagi anda yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan ESL One Genting, boleh layari laman rasmi mereka hari ini.


TIPS & ULASAN