Garena Tawar Biasiswa Separa Untuk Juara Kolej Pada Liga Kampus Malaysia Permainan LOL

Garena Tawar Biasiswa Separa Untuk Juara Kolej Pada Liga Kampus Malaysia Permainan LOL

Diterbitkan pada July 27, 2016 oleh .

Garena merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi dalam arena e-sukan. Mereka sering mengadakan kejohanan Liga Kampus Malaysia dua kali setiap tahun, dan untuk tahun 2016 ini, Liga Kampus Malaysia akan kembali pada 13 Ogos 2016 kelak.

LOL Liga Kampus Malaysia

Liga Kampus Malaysia ini akan berlangsung pada beberapa tahap, dan perlawanan akhirnya akan berlangsung di Universiti Asia Pasifik (APU) pada 24 September 2016 kelak. Sebanyak dua kategori penyertaan disediakan, iaitu Divisyen Kolej untuk pelajar kolej dan universiti, serta Divisyen Junior untuk pelajar sekolah menengah.

Menariknya untuk kejohanan kali ini, selain daripada hadiah biasa, Garena juga akan menawarkan biasiswa separa bernilai RM30,000 untuk juara Divisyen Kolej. Wang tersebut akan dibahagikan kepada pelajar, dan setiap pelajar dari pasukan juara berkenaan akan membawa pulang RM6,000 seorang.

Disamping itu, pemenang juga akan secara automatik layak kepada Kejuaraan Kampus Antarabangsa League of Legends (LICC) yang akan diadakan di Filipina pada penghujung tahun ini.

Dengan pengumuman biasiswa separa untuk pemenang ini, ia sekaligus membawa lebih penawaran menarik kepada pemain e-sukan di Malaysia. Sebelum ini, kita sedia melihat pelbagai jenama telah mula lebih terbuka menaja pasukan e-sukan, selain kerajaan sendiri menyokong arena ini.

Bagi anda yang berminat menyertai Liga Kampus Malaysia (MYCL) ini, anda boleh layari laman rasmi Garena, dan mendaftarkan diri untuk menyertainya.


TIPS & ULASAN