SoundCloud Dilaporkan Sedang Dalam Pencarian Pembeli Pada Nilai $1 Bilion

SoundCloud Dilaporkan Sedang Dalam Pencarian Pembeli Pada Nilai $1 Bilion

Diterbitkan pada July 28, 2016 oleh .

SoundCloud merupakan salah satu platform yang digunakan ramai untuk berkongsi fail berbentuk audio, termasuk podcast mahupun lagu nyanyian sendiri. Disamping itu, baru-baru ini mereka telah memperkenalkan perkhidmatan SoundCloud Go yang menawarkan sokongan langganan perkhidmatan penstriman lagu.

SoundCloudTerkini, mengikut laporan Bloomberg, SoundCloud dikatakan sedang dalam usaha mencari pembeli baru untuk syarikat mereka pada nilai $1 bilion.

SoundCloud dilihat menghadapi masalah dalam menjana pendapatan melalui perkhidmatan mereka buat masa ini. Sebelum ini, SoundCloud telah mendapatkan suntikan dana pelaburan daripada Twitter sebanyak $70 juta.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui siapakah antara syarikat yang berminat untuk mendapatkan SoundCloud.


TIPS & ULASAN