Air Asia India Menawarkan Pinjaman Kindle Secara Percuma Kepada Penumpang

Air Asia India Menawarkan Pinjaman Kindle Secara Percuma Kepada Penumpang

Diterbitkan pada July 28, 2016 oleh .

Menaiki pesawat kini perkara normal yang dilakukan kebanyakan manusia di dunia. Pernah suatu ketika dahulu hanya golongan elit berada mampu terbang di awanan biru kerana kos penerbangan yang amat tinggi. Di Malaysia, Air Asia melakukan revolusi industri penerbangan kerana penawaran tiket pesawat yang lebih mampu milik. Kewujudan mereka membuatkan “semua orang boleh terbang” seperti slogan yang sering kita dengari.

Air-Asia-India-Kindle

Air Asia India kini menawarkan program pinjaman Kindle secara percuma di beberapa laluan mereka di India. Menerusi program ini penumpang boleh menempah sebuah Kindle dan menggunakannya ketika di dalam pesawat. Antara e-buku yang ditawarkan ialah A Tale Of Two Cities, The Da Vinci Code dan Gone With The Wind. Hanya 25 unit  Kindle boleh disewa di dalam setiap pesawat. Adakah anda berminat dengan penawaran yang serupa untuk penumpang di Malaysia?


TIPS & ULASAN