Sony hari ini mengesahkan mereka akan melangsungkan sebuah acara media yang dijadualkan pada 1 September 2016 di IFA 2016. Mereka dijangka akan melancarkan sekurang-kurangnya satu peranti Xperia baru pada acara ini. Gambar peranti dengan kod F833X telah tertiris minggu lalu dengan rekaan yang lebih menghampiri sebuah Lumia berbanding rekaan biasa Xperia.
F833X dipercayai akan dilengkapi pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama sebesar 21 Mengapixel dan kamera selfie pula sebesar 12 Megapixel. Kedua-dua kamera dilaporkan mampu merakam video pada resolusi 4K. Sony Xperia X Performance tidak memasuki pasaran Malaysia dan ini mungkin model yang akan menggantikan kekosongan untuk peranti utama Xperia di negara kita.