PRISMA Akan Menyokong Suntingan Video Dalam Masa Beberapa Minggu

PRISMA Akan Menyokong Suntingan Video Dalam Masa Beberapa Minggu

Diterbitkan pada July 28, 2016 oleh .

Buka Instagram, Facebook dan Twitter pagi ini dan kami percaya anda akan melihat sekurang-kurangnya sepuluh gambar yang disunting menggunakan aplikasi Prisma. Aplikasi menyunting gambar ini semakin popular kerana mampu mengubah foto biasa menjadi seakan lukisan. Setakat ini ia hanya ditawarkan pada platform Android dan iOS. Selepas versi Android ditawarkan, perkhidmatan mengalami gangguan kerana jumlah pengguna yang tinggi.

Pembangun aplikasi ini Alexey Moiseenkov mengesahkan bahawa pihak Prisma akan menyokong suntingan video pula di masa hadapan. Teknologi untuk memberikan kesan khas yang sama sudah wujud tetapi pihak Prisma perlu mempertingkatkan dahulu kemampuan pengkomputeran mereka bagi menanggung beban memproses yang tinggi. Sebanyak 650 juta gambar telah diproses menggunakan aplikasi mereka sehingga kini. Adakah anda telah menggunakan Prisma?


TIPS & ULASAN