Maxis Internet of Things Diperkenalkan Untuk Perusahaan

Maxis Internet of Things Diperkenalkan Untuk Perusahaan

Diterbitkan pada July 28, 2016 oleh .

Dunia peranti berhubung internet (Internet of Things) semakin pantas berkembang setiap hari. Semakin banyak peranti kini telah berhubung dengan internet, dan berupaya melakukan pelbagai perkara dengan capaian internet. Malah diramalkan pada tahun 2020 dengan populasi rakyat Malaysia sebanyak 32 juta, akan terdapat 57 juta peranti berhubung yang digunakan kita. Pada hari ini Maxis Internet of Things telah diumumkan untuk perusahaan tempatan.

Menerusi kerjasama Maxis dan Vodafone ini, solusi peranti berhubung akan disediakan untuk pengguna perusahaan Maxis. Terdapat pelbagai solusi yang disediakan, contohnya pekedai yang menggunakan sistem ini boleh menganalisa jumlah pelanggan yang hadir pada satu masa tertentu, sistem tersebut akan menyemak bilangan stok yang tersedia dan terus memberikan promosi berkaitan kepada pelanggan. Atau pemilik perniagaan boleh memantau kenderaan pengangkutan mereka secara langsung.

Maxis IoT -IMG_0879 Maxis IoT -IMG_0884

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai solusi peranti berhubung internet yang disediakan Maxis, anda boleh melayari halaman khusus yang disediakan mereka, sekaligus berpotensi dalam merubah perniagaan anda untuk alaf baru. Khusus untuk tempoh terhad, mereka juga menawarkan pek percubaan yang menawarkan lima kad-SIM termasuklah akses perkhidmatan M2M (Machine-to-Machine) dan dengan penggunaan kuota data terkumpul sebanyak 5GB secara percuma.

Layari: Maxis Internet of Things


TIPS & ULASAN