Cari @ Amanz

Yahoo telah mengumumkan akan menamatkan sokongan untuk perisian desktop klasik Yahoo Messenger sebelum ini, sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada pengguna hanya perlu menggunakan web atau bagaimana sekiranya menggunakan desktop. Hari ini, Yahoo menjawab persoalan berkenaan dengan memperkenalkan Yahoo Messenger generasi baru untuk desktop.

Yahoo Messenger

Yahoo Messenger untuk desktop baru ini hadir dengan integrasi pelbagai perkara baru yang selari dengan pengenalan versi web dan pada Android serta iOS sebelum ini.

Seperti biasa, pengguna boleh menghantar gambar, GIF, dan menerima notifikasi melalui desktop ketika menjalankan Yahoo Messenger ini – dan ia lebih efisyen jikalau dibandingkan dengan penggunaan versi web. Yahoo Messenger baru ini juga turut membawa butang undo untuk anda memadam sesuatu mesej yang telah dihantar sebelum penerimanya membacanya.

Bagi anda yang aktif menggunakan Yahoo Messenger, perisian sedia ada pada komputer anda akan berhenti berfungsi selepas 5 Ogos 2016 ini, dan anda perlu memuat-turun Yahoo Messenger baru ini untuk Windows dan Mac.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd