Cari @ Amanz

Semalam kita telah menyaksikan Xiaomi melancarkan komputer riba serba-baru dibawah keluarga produk mereka, dan pada masa yang sama, ia dilihat pesaing mereka dari China, iaitu Lenovo turut telah memperkenalkan komputer riba terbaru mereka dinamakan Lenovo Air 13 Pro.

Lenovo Air 13 Pro

Lenovo Air 13 Pro membawakan skrin bersaiz 13-inci dengan rekaan yang sangat nipis dan seberat hanya 1.27 kilogram.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip Intel Core i5-6200U, kad grafik NVIDIA GeForce 940MX, memori 4GB RAM, dan ruangan storan terbina 256GB. Ia turut menyertakan sokongan USB Type-C, disamping dilengkapi juga dengan port USB 3.0 dan USB 2.0.

Lenovo Air 13 Pro

Jikalau dibandingkan dengan Xiaomi Mi Notebook Air, komputer riba daripada Lenovo ini membawakan spesifikasi yang sedikit rendah – tetapi hadir dengan beberapa ciri-ciri tambahan, termasuk integrasi pengimbas cap jari.

Lenovo Air 13 Pro ditawarkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini, pada harga 4999 Yuan (~RM3043).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd