Samsung Culture Explorer – Melawat Kawasan Warisan Budaya Melalui Paparan 360-Darjah

Samsung Culture Explorer – Melawat Kawasan Warisan Budaya Melalui Paparan 360-Darjah

Diterbitkan pada July 28, 2016 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan kebolehan melawat sesuatu kawasan dengan penggunaan paparan 360-darjah. Salah satu yang popular dikalangan ramai pengguna adalah Google Maps melalui Street View. Google sedia meliputi beberapa kawasan menarik sekitar Malaysia dan menyediakannya dalam paparan 360-darjah pada perkhidmatan mereka.

Samsung Culture Explore

Terkini, Samsung turut hadir dengan suatu aplikasi khusus dengan tujuan yang lebih kurang sama – iaitu membolehkan pengguna melawat kawasan bersejarah dan warisan budaya terus melalui skrin telefon pintar.

Samsung menjayakan perkara ini melalui aplikasi yang dinamakan sebagai Samsung Culture Explorer. Ia dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia.

Buat masa ini, melalui aplikasi Samsung Culture Explorer ini, ia membolehkan pengguna melawat Muzium Kesenian Islam Malaysia dan juga The Stradthyus. Samsung bakal menambah beberapa kawasan lain lagi dari masa ke semasa.

Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh melihat paparan 360-darjah untuk sesuatu lokasi, dan pada masa yang sama tap pada beberapa ikon untuk melihat maklumat tambahan berkaitan dengan apa yang dipaparkan.

Aplikasi Samsung Culture Explorer ini boleh digunakan pada semua peranti Android dan boleh dimuat-turun secara percuma hari ini.

Muat-Turun Samsung Culture Explore untuk Android


TIPS & ULASAN