Samsung Hadir Dengan Video Iklan Teaser Untuk Galaxy Note 7

Samsung Hadir Dengan Video Iklan Teaser Untuk Galaxy Note 7

Diterbitkan pada July 28, 2016 oleh .

Samsung bakal memperkenalkan telefon pintar Galaxy Note generasi terbaru mereka secara rasminya pada minggu hadapan. Sejumlah perkara berkaitan dengan peranti berkenaan sedia tertiris sebelum ini, dan hari ini, pihak Google sendiri hadir dengan sebuah video teaser yang memperlihatkan secara kasar apakah yang bakal dibawakan oleh Galaxy Note 7.

Iklan baru ini dimulakan dengan memperlihatkan kemudahan untuk log masuk menggunakan pengimbas cap jari. Seterusnya, Samsung turut memperlihatkan penggunaan corak input untuk log masuk ke peranti yang agak sukar – sekaligus seperti memberikan petanda yang mana pengguna boleh log masuk dengan lebih mudah. Ini mungkin memberikan petanda kepada pengimbas mata yang telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini.

Disamping itu, dengan fokus Note, Samsung turut menekankan kepada input berasaskan penggunakan stylus – termasuk kemudahan seperti untuk mewarnakan sesuatu teks dan menulis menggunakannya. Secara ringkas, Samsung turut memperlihatkan penggunaan untuk selfie.

Samsung-Galaxy-Note-7-tiris.2

Sebelum menutup video teaser untuk Note 7 ini, Samsung turut memperlihatkan sejumlah telefon dalam air – memberikan petanda Galaxy Note 7 mungkin hadir dengan sokongan kalis air. Galaxy Note boleh dikatakan mempunyai lebih banyak rongga berbanding dengan peranti lain – salah satu sebabnya kerana rongga untuk menyimpan S-Pen.

Samsung Galaxy Note 7 ini akan dilancarkan secara rasmi pada 2 Ogos kelak, dan seperti biasa, Amanz akan membawakan liputan langsung untuk pelancaran peranti berkenaan.


TIPS & ULASAN