Twitter sebelum ini telah mengumumkan fungsi Sticker yang membolehkan pengguna menambah ikon atau emoji bersaiz besar pada gambar, dan memberikan kesan yang lebih menarik pada gambar yang ingin dikongsikan. Hari ini, fungsi berkenaan secara rasminya diperkenalkan untuk semua pengguna.
Kini, apabila anda membuka aplikasi Twitter, dan memilih gambar untuk dikongsikan – ia akan memaparkan sebuah ikon wajah. Pengguna boleh tap padanya, dan menambah sticker pada gambar yang ingin dikongsikan.
Seperti pelbagai kemaskini sebelum ini, fungsi sticker ini sedang diperkenalkan secara berperingkat. Kami telah menerima fungsi ini pada aplikasi Twitter kami di beberapa peranti, tetapi masih terdapat yang masih belum menerimanya buat masa ini.
Practice makes perfect. Get ready to #StickTogether tomorrow. pic.twitter.com/4k55nPxU4g
— Twitter (@twitter) July 27, 2016