Cari @ Amanz

Samsung telah memperkenalkan jam tangan pintar dengan skrin bulat mereka pada tahun lepas, iaitu Gear S2. Ia menjadi jam tangan pertama yang hadir menyokong semua peranti Android – selain sokongan untuk iPhone turut dijangka bakal diperkenalkan. Kini, dengan tempoh setahun menjelang tiba, Samsung dilihat telah bersedia dengan generasi baru jam tangan pintar berkenaan.

Samsung Gear S2 Classic

Menurut SamMobile, Samsung dijangka akan memperkenalkan Samsung Gear S3 pada acara IFA 016 tahun ini yang dijadualkan berlangsung pada 2 September 2016 kelak.

Buat masa ini, maklumat penuh berkaitan dengan jam tangan pintar ini masih tidak diketahui. Apa pun, Samsung dijangka akan mengekalkan rekaan skrin bulat mereka dengan panel yang boleh diputarkan – sama seperti pada Gear S2.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai jam tangan pintar Samsung ini dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd