SymGym – Pengawal Permainan Berbentuk Mesin Senaman
Artikel Berkaitan

SymGym – Pengawal Permainan Berbentuk Mesin Senaman

Diterbitkan pada July 29, 2016 oleh .

Terdapat pelbagai permainan sukan yang boleh dimainkan pada konsol dan PC. Siri FIFA contohnya ialah siri yang terjual dalam jumlah yang besar saban tahun. Anda mungkin seorang kaki bangku di dunia sebenar tetapi di dalam dunia FIFA anda boleh menjadi sehebat Safiq Rahim. Masalah permainan seperti FIFA ialah hanya jari yang “bersenam”. Anggota tubuh lain tidak digunakan secara aktif. Konsol seperti Wii pula hanya menggerakkan anggota tetapi tidak membuatkan anda benar-benar berpeluh.

SymGym-2

Oleh itu SymGym dihasilkan dengan tahap rintangan bagi membolehkan pengguna bersenam dengan sempurna. Sebagai contoh apabila watak yang dikawal mendaki bukit. Butang untuk berjalan anda memerlukan lebih banyak tenaga untuk ditekan. SymGym boleh digunakan sebagai pengawal untuk PlayStation 4 dan Xbox One dengan set butang yang lengkap. Buat masa ini SymGym hanya boleh digunakan di rangkaian gimnasium tertentu dengan yuran $15 sebulan. Masih tiada perancangan untuk menjualnya secara terbuka kepada pengguna.


TIPS & ULASAN