Microsoft Disaman Lagi Kerana Kemaskini Windows 10

Microsoft Disaman Lagi Kerana Kemaskini Windows 10

Diterbitkan pada July 29, 2016 oleh .

Hari ini ialah hari terakhir untuk pengguna mengemas kini PC mereka ke Windows 10. Bermula esok kemas kini berbayar akan dikenakan. Sekiranya anda masih belum melakukannya anda pasti dapat melihat skrin besar terpapar pada skrin mengingatkan anda untuk mengenainya. Adakah anda merasakan taktik yang digunakan Microsoft ini mengganggu kerja anda? Tiga pengguna Windows dari Florida Amerika Syarikat menjawab ya dan terus mengemukakan saman terhadap Microsoft.

Windows 10 Search

Saman dikemukakan kerana menurut mereka paparan iklan “pop up” yang digunakan melanggar garis panduan pengiklanan elektronik yang ditetapkan oleh FTC. Minggu lalu pula mereka disaman di Israel oleh seorang pengguna kerana PC beliau dikemas kini ke Windows 10 tanpa kebenaran. Ini melanggar undang-undang membabitkan komputer di Israel. Ramai pengguna masih enggan mengemas kini kerana risau tentang keserasian program pasca kemas kini serta masalah yang mungkin timbul.

Sebelum ini seorang wanita berjaya menerima ganti rugi sebanyak $10000 dari Microsoft kerana kemas kini automatik yang berlaku. Syarikat beliau gagal beroperasi selama tiga hari kerana masalah yang ditimbulkan komputer yang tidak beroperasi dengan baik menggunakan Windows 10.


TIPS & ULASAN