Huawei Matebook Hadir Ke Malaysia – Harga Bermula RM3999

Huawei Matebook Hadir Ke Malaysia – Harga Bermula RM3999

Diterbitkan pada July 29, 2016 oleh .

Huawei telah memperkenalkan komputer Windows 10 mereka pada Mobile World Congress 2016 yang lepas, menjadikan Huawei turut menyertai arena perkomputeran selain daripada telefon pintar dan tablet.

MWC2016 - Huawei MateBook IMG_0049

Huawei Matebook hadir dengan rekaan 2-dalam-1, sesuai untuk digunakan ramai pengguna untuk tujuan pekerjaan dan produktiviti. Selepas pelancaran beberapa bulan lepas, hari ini, Huawei Malaysia secara rasminya mengumumkan penawaran Huawei Matebook di Malaysia.

Tiga variasi bakal ditawarkan, iaitu menggunakan Intel Core m3, Core m5, dan Core m7. Masing-masing berharga RM3999, RM5399 dan RM6699. Bermula esok, Huawei Malaysia akan menjual versi Intel Core m3 terlebih dahulu, sementar dua model lagi akan hadir pada masa akan datang.

MWC2016 - Huawei MateBook IMG_0112

MWC2016 - Huawei MateBook IMG_0052

Huawei Matebook versi m3 ini hadir dengan skrin 12-inci pada resolusi 2160×1440 pixel, dilengkapi memori 4GB RAM dan ruangan storan 128GB. Berbeza dengan Surface yang menjual papan kekunci secara berasingan, pihak Huawei menyertakan sekali Huawei Keyboard tanpa sebarang penambahan harga.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Huawei Matebook ini dari pengedar rasmi Huawei bermula esok. Sementara dua model lagi iaitu masing-masing berasaskan m5 dan m7 akan hadir dalam beberapa minggu lagi.

Baca : Pandang Pertama Huawei Matebook


TIPS & ULASAN