Google Maps Untuk iPhone Kini Memudahkan Anda Menetapkan Lebih Dari Satu Destinasi

Google Maps Untuk iPhone Kini Memudahkan Anda Menetapkan Lebih Dari Satu Destinasi

Diterbitkan pada July 30, 2016 oleh .

Google telah memperkenalkan kebolehan menambah lebih daripada satu destinasi pada Google Maps untuk Android sebelum ini. Hari ini, fungsi yang sama turut diperkenalkan untuk pengguna platform iOS, iaitu iPhone dan iPad.

Google Maps

Melalui fungsi baru ini, ia membolehkan pengguna menetapkan lebih daripada satu destinasi perjalanan – dan merancang perjalanan mereka dengan lebih efisyen lagi berbanding sebelum-sebelum ini.

Bagi anda yang menggunakan Google Maps, anda boleh mengemaskini aplikasi anda dan menikmati fungsi baru ini.

Muat-Turun Google Maps untuk iPhone


TIPS & ULASAN