Hanya 13.6 Juta Unit Peranti Lumia Terjual Sejak Setahun Yang Lalu

Hanya 13.6 Juta Unit Peranti Lumia Terjual Sejak Setahun Yang Lalu

Diterbitkan pada Ogos 1, 2016 oleh .

Platform Windows Phone ialah sistem operasi yang ketiga paling popular di belakang Android dan iOS. Berdasarkan komen yang sering kami terima apabila berita mengenai WP dilaporkan, masih ramai di kalangan pembaca Amanz yang menggunakan platform ini. Sungguhpun begitu masa hadapan sistem operasi ini nampak sedikit kelam dengan pengumuman terkini dari Microsoft.

Lumia 650

Di antara 1 Julai 2015 sehingga 30 Jun 2016, hanya 13.8 Juta peranti Lumia berjaya dijual. Sebagai perbandingan Apple dikatakan mengalami kegagalan kerana hanya menjual 40 Juta iPhone pada suku yang lalu. Jumlah jualan pula menunjukkan penurunan yang drastik pada suku pertama 5.8 Juta unit terjual. Suku kedua dan ketiga masing-masing menunjukkan jualan 4.5 Juta dan 2.3 Juta unit. Ini bermakna pada suku yang baru berakhir, hanya 1.2 Juta unit Lumia terjual. Tindakan Microsoft yang mengurangkan fokus pada peranti mudah alih adalah antara faktor yang menyumbang kepada penurunan jualan.

Peranti Surface Phone yang dijangka hadir April 2017 mungkin percaturan terakhir untuk menyelamatkan platform Windows Phone. Microsoft jelas menunjukkan peningkatan jualan menerusi komputer tablet Surface. Mungkin dengan penjenamaan semula Lumia kepada Surface akhirnya mereka akan dapat bersaing dengan Google dan Apple.


TIPS & ULASAN