Perisian Memperbaiki Kualiti Gambar Selfie Dihasilkan Oleh Universiti Princeton

Perisian Memperbaiki Kualiti Gambar Selfie Dihasilkan Oleh Universiti Princeton

Diterbitkan pada Ogos 1, 2016 oleh .

Gambar selfie ialah gambar yang paling banyak diambil oleh manusia di bumi sekarang kerana ia mudah dilakukan. Tidak mengejutkan bagi memenuhi kehendak pasaran, peranti pintar sekarang mempunyai kamera hadapan yang mampu mengambil gambar selfie pada resolusi tinggi seperti Oppo F1 Plus. Tetapi kamera yang baik bukan satu-satunya ramuan untuk mendapatkan selfie yang cantik. Sudut dan pencahayaan yang baik akan memastikan selfie yang diambil menerima pujian orang ramai di media sosial.

Sebuah perisian telah dibangunkan oleh penyelidik di Universiti Princeton yang boleh memperbaiki kualiti gambar selfie yang diambil. Perisian ini boleh memanipulasi semula gambar yang diambil seperti diambil dari sudut yang berbeza. Sebagai contoh sekiranya selfie diambil dari sudut rendah dagu individu akan kelihatan terlalu dan kurang menarik dilihat. Dengan menggunakan imbasan 3D wajah, gambar diubah untuk kelihatan seperti diambil dari sudut lebih tinggi dengan dagu lebih kecil.

Buat masa ini perisian ini masih lagi dalam pembangunan dan diperlihatkan di acara SIGGRAPH 2016. Majoriti teknologi prototaip yang diperlihatkan di SIGGRAPH akan mula digunakan di dunia sebenar dalam masa yang pendek. Sebagai contoh teknologi content aware fill dan content aware scale diperlihatkan di SIGGRAPH dan menjadi fungsi di dalam Photoshop dua tahun selepas itu.


TIPS & ULASAN