Server Pokemon GO Untuk Malaysia Mula Kelihatan – Pelancaran Semakin Hampir?

Server Pokemon GO Untuk Malaysia Mula Kelihatan – Pelancaran Semakin Hampir?

Diterbitkan pada Ogos 1, 2016 oleh .

Demam Pokemon GO sudah sedikit reda dengan jumlah muat-turun mula menurun bermula minggu lalu di Amerika Syarikat. Pemain yang sudah berjaya menangkap kesemua Pokemon juga sudah wujud. Sementara itu peminat di benua Asia hanya boleh melihat dengan iri hati pelancaran aplikasi hangat ini di Jepun minggu lalu. Kepada peminat di Malaysia ada sedikit cahaya di hujung terowong yang gelap pagi ini.

Pokemon-GO-Malaysia

Server Pokemon GO untuk Malaysia muncul secara tiba-tiba pada hujung minggu yang lalu. Sebelum ini untuk rantau Asia Tenggara hanya Singapura, Indonesia dan Thailand dilihat mempunyai server khas untuk negara mereka. Niantic masih belum berkongsi sebarang maklumat mengenai pelancaran Pokemon GO untuk rantau ini.

Sungguhpun begitu kewujudan server khas untuk Malaysia ini ialah petanda positif peminat di Malaysia tidak akan ketinggalan. Pada waktu yang sama walaupun belum dilancarkan, permainan ini sudahpun disarankan untuk difatwakan haram oleh mufiti dan menerima laporan polis oleh individu kurang siuman tertentu.


TIPS & ULASAN